Ketua Pegawai Eksekutif KWSP dilantik Menteri Kewangan II

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua dalam rombakan Kabinet hari ini.

Pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada pagi Selasa.

Amir Hamzah dilantik menerajui KWSP pada 1 Mac 2021.

Sebelum itu beliau merupakan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kerjaya Amir Hamzah bermula apabila beliau menyertai Kumpulan Shell dan seterusnya telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif beberapa organisasi korporat antaranya MISC Berhad, PETRONAS Dagangan Berhad, Petronas Lubricants International, Icon Offshore Berhad dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan (Kewangan dan Ekonomi) daripada Universiti Syracuse, New York. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan: 

10 menteri, timbalan menteri baharu Kerajaan Perpaduan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI