10 menteri, timbalan menteri baharu Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan lima muka baharu dilantik sebagai menteri dan lima lagi sebagai timbalan menteri.

Menteri-menteri baharu ialah Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dan Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Lima timbalan menteri yang baharu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk K Ramanan; Timbalan Menteri Pendidakan, Wong Kah Woh dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Mereka yang digugurkan ialah bekas Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar; bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang & Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh dan bekas Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching.

Rombakan tersebut juga menyaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengetuai Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam yang baru diwujudkan.

Menteri-menteri yang bertukar portfolio ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan (sebelum ini Menteri Pertahanan); Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (sebelum ini Menteri Pendidikan Tinggi); Menteri Pendidikan Tinggi dan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (sebelum ini Menteri Luar).

Turut bertukar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa (sebelum ini Menteri Kesihatan); Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Datuk Armizan Mohd Ali (sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak & Tugas-tugas Khas).

Selain Kementerian Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, kementerian-kementerian lain yang baharu adalah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.

Jumlah menteri meningkat daripada 28 kepada 31 orang manakala jumlah timbalan menteri meningkat daripada 27 orang kepada 29 orang.

Jumlah keseluruhan anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan meningkat daripada 55 orang kepada 60 orang, masih rendah berbanding 70 orang dalam pentadbiran-pentadbiran sebelum ini. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI