92 PATI di tapak binaan ditahan imigresen

IPOH – Tindakan bersembunyi dalam bilik kosong dan celahan binaan bangunan bertingkat oleh pekerja warga asing bagi mengelak ditahan pihak berkuasa gagal apabila mereka ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak pada Rabu.

Serbuan Op Bersasar dijalankan Unit Risikan dan Operasi Bahagian Penguatkuasaan JIM Perak itu berdepan cabaran apabila kawasan operasi merupakan bangunan setinggi lebih daripada 20 tingkat yang masih dalam proses pembinaan.

92 PATI ditahan di tapak binaan Ipoh Operasi imigresen Perak PATI di tapak pembinaan Jabatan Imigresen Malaysia Perak Serbuan Op Bersasar Pendatang asing tanpa izin Majikan menggaji PATI PATI ditahan di Ipoh pekerja warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri Perak menjalankan Ops Gempur Sasar di sebuah tapak pembinaan di Ipoh bagi membanteras pendatang asing tanpa izin yang menyalahgunakan pas lawatan dan permit kerja. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 MEI 2025.

Pengarah Imigresen Negeri, James Lee berkata, ekoran itu pegawai dan anggota terlibat perlu memeriksa di setiap ruang bangunan termasuk pada bahagian yang belum siap sepenuhnya.

“Ada sebahagian mereka cuba melarikan diri dan menyorok di bilik-bilik kosong serta kawasan tersembunyi dalam bangunan bertingkat-tingkat.

“Keadaan itu menyukarkan operasi, walau bagaimanapun akhirnya semua berjaya dikesan,” katanya menerusi satu kenyataan, pada Rabu.

Operasi yang bermula sekitar jam 10.30 pagi dan berakhir dua jam kemudian itu melibatkan pemeriksaan ke atas 141 individu termasuk warga tempatan.

92 PATI ditahan di tapak binaan Ipoh Operasi imigresen Perak PATI di tapak pembinaan Jabatan Imigresen Malaysia Perak Serbuan Op Bersasar Pendatang asing tanpa izin Majikan menggaji PATI PATI ditahan di Ipoh pekerja warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri Perak menjalankan Ops Gempur Sasar di sebuah tapak pembinaan di Ipoh bagi membanteras pendatang asing tanpa izin yang menyalahgunakan pas lawatan dan permit kerja. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 MEI 2025.

James memberitahu, daripada jumlah itu, seramai 92 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang wanita ditahan selepas dipercayai melanggar Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kata beliau, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan aduan awam berhubung kegiatan mencurigakan melibatkan warga asing di lokasi pembinaan berkenaan.

“Mereka terdiri daripada 66 warga Bangladesh, diikuti Indonesia (12), Nepal (sembilan), Myanmar (empat) dan Pakistan (satu) berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun telah ditempatkan di Depot Imigresen Ipoh untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri Perak, memeriksa dokumen pekerja asing ketika menjalankan Ops Gempur Sasar di sebuah tapak pembinaan di Ipoh bagi membanteras pendatang asing tanpa izin yang menyalahgunakan pas lawatan dan permit kerja. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 MEI 2025.

“Antara kesalahan dikesan ialah masuk dan berada di Malaysia tanpa pas sah, tinggal melebihi tempoh serta melanggar syarat pas yang telah dikeluarkan,” katanya lagi.

Tambah James, JIM Perak akan terus ambil tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah terhadap mana-mana majikan yang dikesan menggaji atau melindungi PATI.

“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan keberadaan warga asing bagi membantu usaha membanteras kebanjiran PATI di negeri ini,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:
Imigresen Perak tahan 11 PATI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI