MGPerak: RM640 Juta Diperlukan Untuk Atasi Banjir Di Empat Lokasi – Menteri Besar

274

IPOH – Perak memerlukan peruntukan sebanyak RM640 juta bagi melaksanakan rancangan tebatan banjir di empat lokasi membabitkan tiga daerah sekitar negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, empat lokasi berkenaan adalah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kinta Fasa Tiga, RM300 juta dan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Sama Gagah di daerah Kerian (RM250 juta) serta dua di daerah Larut Matang dan Selama iaitu Rancangan Tebatan Banjir Pekan Kuala Sepetang (RM55 juta) dan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Trong (RM35 juta).

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini