IPOH – Kerajaan Negeri Perak sedang merangka satu dasar khusus bagi menangani isu kesihatan mental, terutama kes mencederakan diri dan kecenderungan bunuh diri dalam kalangan remaja, susulan peningkatan kebimbangan terhadap masalah berkenaan.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, langkah proaktif itu dimulakan menerusi mesyuarat dan perbincangan bersama jabatan serta agensi berkaitan bagi menyelaras tindakan pencegahan dan intervensi secara menyeluruh. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030





