Perak mempergiat usaha menjadikan masjid sebagai pusat literasi digital komuniti menerusi pelbagai inisiatif termasuk projek Masjid Pintar dan penganjuran bengkel kecerdasan buatan (AI), khususnya di kawasan luar bandar.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) serta agensi berkaitan termasuk Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak).
Katanya, inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan itu merangkumi tiga teras utama, di samping ia selaras dengan Agenda Pendigitalan di bawah Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030. – MGPerak
#MGPerak #MBPerak #SaaraniMohamad #SidangDUNPerak #PerakSejahtera2030





