IPOH – Bilangan rujukan mangsa keganasan rumah tangga kepada kaunselor di Perak meningkat tiga kali ganda kepada 24 kes sehingga Oktober tahun ini berbanding lapan pada 2025.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, situasi tersebut jelas menunjukkan kepentingan untuk memperkukuh perkhidmatan kaunseling, sokongan psikososial serta program intervensi dan pemulihan mangsa, di samping perlindungan dan penguatkuasaan undang-undang.
Menurut Salbiah, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 1,773 kes bagi kategori jenayah terhadap wanita dan kes berkaitan direkodkan di Perak sepanjang tahun 2025, manakala 1,193 kes direkodkan bagi tempoh Januari hingga Oktober 2026. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





