Syamsul Hazeman dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk

IPOH – Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Syamsul Hazeman Md Salleh dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perak dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).

MAIPk dalam hantaran di laman Facebook miliknya memaklumkan pelantikan berkenaan berkuatkuasa mulai 1 April 2024.

“Sukacitanya MAIPk ingin memaklumkan perlantikan Syamsul Hazeman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk yang baharu berkuatkuasa mulai 1 April 2024.

“Semoga dengan pelantikan ini beliau akan meneruskan legasi kecemerlangan demi mencapai visi dan misi MAIPk,” katanya ringkas.

Syamsul Hazeman dilantik menjadi Yang Dipertua MPM pada 1 Mac 2019 dan pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Perlis tahun 2005 hingga 2006.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah, Institusi Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) bermula Oktober 2018 hingga Februari 2019 sebelum dilantik sebagai Yang Dipertua MPM. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MAIPk agih RM145.2 juta dana zakat

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI