MAIPk agih RM145.2 juta dana zakat

IPOH – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), mengagihkan sebanyak RM145.2 juta dana zakat sepanjang tahun lalu kepada lima kategori asnaf sepanjang tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, Badan Berkanun Kerajaan Negeri Perak itu memaklumkan, ia melibatkan asnaf bagi kategori fakir miskin, muallaf, ghorimin atau orang yang berhutang, ibnu sabil dan fisabilillah.

Katanya, peratusan agihan dana zakat itu mencapai sebanyak 90.76 peratus bagi tempoh berkenaan.

“Asnaf fakir dan miskin merupakan tumpuan agihan zakat terbesar dengan jumlah agihan mencecah RM108 juta.

“Penerima agihan zakat kedua terbesar ialah asnaf fisabilillah dengan jumlah agihan sebanyak RM29.9 juta,” katanya pada Sabtu.

Di samping itu, katanya sebanyak RM5.69 juta dana zakat diagihkan kepada asnaf muallaf, asnaf ghorimin (RM930,839) dan asnaf ibnu sabil (RM613,041).

Tambah kenyataan itu, MAIPk juga terus memberi keutamaan kepada matlamat mengurangkan jurang perbezaan sosioekonomi masyarakat bagi mengurangkan golongan miskin tegar pada tahun lalu.

Menurutnya lagi, MAIPk menggerakan usaha mengupayakan golongan berkenaan yang dikenal pasti mempunyai minat dan potensi bagi menjalani latihan kemahiran serta kursus asas usahawan.

“Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) telah berjaya membantu asnaf berpotensi memajukan diri dalam bidang keusahawanan dengan penyaluran bantuan modal dan latihan.

“MAIPk turut meneruskan program latihan dan penempatan kerjaya kepada golongan belia asnaf.

“Kejayaan peserta program bantuan lesen memandu percuma kelas E dan H dalam kalangan asnaf telah membantu sebahagian besar daripada mereka keluar dari kepompong kemiskinan seterusnya meningkatkan pendapatan isi rumah,” ujar kenyataan itu. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kadar zakat fitrah di Perak ditetapkan RM8, RM16 dan RM24

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI