Sultan Nazrin biaya makanan tengah hari 8,960 banduan, tahanan

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membiayai makanan tengah hari kepada 8,960 banduan dan tahanan di negeri ini, sempena ulang tahun hari keputeraan baginda ke-70 yang disambut secara rasmi pada Jumaat.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata, sumbangan disampaikan melalui Jabatan Penjara Perak yang kini memasuki tahun keempatitu melibatkan banduan di Penjara Tapah dan Taiping.

Kata beliau, turut menerima sumbangan penghuni di tahanan Pusat Koreksional Kamunting dan penghuni Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Pusat Koreksional Chenderiang, Penjara Satelit Kuala Kangsar dan Rumah Perantaraan Perak.

“Atas sifat prihatin dan ehsan baginda terhadap kebajikan banduan dan tahanan yang sedang menjalani hukuman di penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di negeri Perak, telah menzahirkan perkenan hasrat Baginda untuk membiayai hidangan makanan tengah hari Jumaat,” kataya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Khamis.

Hadir sama, Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Ayob Hashim serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Mohd Zahidi berkata, banduan yang menerima pembiayaan makanan tengah hari itu terdiri daripada semua jenis kesalahan.

Dalam pada itu beliau turut menyarankan agar semua pihak dapat mengibarkan bendera negeri Perak dan memasang lampu untuk mewujudkan suasana ceria pada bangunan pejabat, premis perniagaan dan kediaman masing-masing.

“Diharapkan persatuan, pemilik kedai dan jabatan kerajaan dapat menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Nazrin ke-70 dengan memasang bendera dan lampu-lampu.

“Ia supaya dapat memberikan gambaran dan menunjukkan semangat taat setia kita kepada baginda,” katanya lagi. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Keputeraan Sultan Perak: KSN dahului senarai penerima darjah kebesaran, pingat negeri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI