Istana Negara sudah jelaskan, Najib perlu segera jalani tahanan rumah – Peguam

KUALA LUMPUR – Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak mahu pihak berkuasa segara memindahkan dengan segera bekas Perdana Menteri itu ke kediamannya di Jalan Langgak Duta untuk menjalani tahanan di rumah, sebagaimana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata, pihaknya menjunjung kasih ke bawah Duli Seri Paduka Baginda susulan penjelasan yang dibuat Istana Negara sebentar tadi.

“Perintah pengampunan ialah titah Seri Paduka Baginda di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Seri Paduka Baginda kini telah menjelaskan melalui Istana Negara bahawa perintah itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, tidak terkait dengan mana-mana kes lain, dan semua syaratnya telah dipenuhi.

“Oleh itu, tiada sebarang asas bagi pihak berkuasa berkenaan untuk terus menahan Dato’ Sri Najib di Kajang walau sesaat.

“Pihak berkuasa mesti memindahkan beliau dengan segera ke kediamannya di Jalan Langgak Duta untuk menjalani tahanan di rumah, sebagaimana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda. Daulat Tuanku,” katanya dalam satu kenyataan ringkas. – MalaysiaGazette

 

Titah jelas, sebarang pertikaian pengampunan bermaksud ingkar titah Agong

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI