Hujan jadi cabaran, namun Little India Ipoh tetap meriah menjelang Deepavali

IPOH – Meskipun berdepan cuaca hujan sejak beberapa hari lalu, suasana persiapan menyambut Deepavali di Little India, di sini, tetap meriah dengan kehadiran pengujung yang mengambil kesempatan membuat pembelian saat akhir menjelang perayaan itu pada Ahad.

Tinjauan pada Sabtu petang mendapati deretan premis perniagaan di sekitar Jalan Sultan Yussof itu dikunjungi pelanggan yang sibuk mendapatkan pelbagai keperluan termasuk pakaian tradisional, aksesori, bunga, makanan serta barangan hiasan rumah.

persiapan Deepavali di Ipoh 2. Keyphrase synonyms - sambutan Deepavali di Ipoh - persiapan menyambut Deepavali - suasana Deepavali di Little India Ipoh - beli-belah Deepavali di Ipoh - Little India meriah menjelang Deepavali 3. Related keyphrase (5) 1. Little India Ipoh menjelang Deepavali 2. persiapan saat akhir Deepavali 2026 3. peniaga Little India Ipoh 4. pengunjung membeli-belah Deepavali 5. sambutan Pesta Cahaya di Perak
Masyarakat India membeli belah sebagai persiapan akhir untuk menyambut perayaan Deepavali esok ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Little India, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 NOVEMBER 2026

Peniaga aksesori wanita, S Tamilselvi, 51, berkata, sambutan pelanggan pada tahun ini masih menggalakkan, terutama dalam tempoh tiga hingga empat hari menjelang perayaan Pesta Cahaya itu

Menurutnya, cuaca yang tidak menentu sejak kebekelangan ini bagaimanapun menjadi antara cabaran kepada dia dan peniaga lain yang mengharapkan kehadiran pelanggan.

Peniaga, S Tamilselvi, 51, ketika temubual bersama MalaysiaGazette (MG) Perak di Bazar Deepavali Little India, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 NOVEMBER 2026

“Memang sambutan baik, cuma masalahnya hujan sejak dua minggu ini dan apabila hujan, pelanggan kurang sedikit berbanding hari biasa.

“Selain itu, pembelian secara dalam talian juga memberi sedikit kesan kerana ada pelanggan memberitahu kaedah itu lebih mudah, murah dan tidak perlu bersusah payah mencari tempat letak kereta,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette (MG) Perak di Little India, di sini, pada Sabtu.

Peniaga tidak menang tangan melayani pelanggan yang mengunjungi Little India, Ipoh bagi mendapatkan pelbagai barangan keperluan sebagai persiapan terakhir menjelang sambutan Deepavali esok. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 NOVEMBER 2026

Tamilselvi yang sudah 18 tahun mengusahakan perniagaan itu berkata, pelanggan tetap masih menjadi antara kekuatan perniagaannya, terutama mereka yang mahu melihat sendiri pilihan aksesori dan pakaian sebelum membuat pembelian.

Katanya, gelang tangan, subang dan bindi antara aksesori yang mendapat permintaan tinggi, khususnya untuk dipakai ketika mengunjungi kuil bagi menunaikan ibadat sempena Deepavali.

persiapan Deepavali di Ipoh 2. Keyphrase synonyms - sambutan Deepavali di Ipoh - persiapan menyambut Deepavali - suasana Deepavali di Little India Ipoh - beli-belah Deepavali di Ipoh - Little India meriah menjelang Deepavali 3. Related keyphrase (5) 1. Little India Ipoh menjelang Deepavali 2. persiapan saat akhir Deepavali 2026 3. peniaga Little India Ipoh 4. pengunjung membeli-belah Deepavali 5. sambutan Pesta Cahaya di Perak
Peniaga, S Vikneswary, 22, ketika temubual bersama MalaysiaGazette (MG) Perak di Bazar Deepavali Little India, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 NOVEMBER 2026

Dalam pada itu, seorang lagi peniaga pakaian tradisional India, S Vikneswary, 22, berkata, cuaca menjadi faktor utama yang memainkan peranan penting terhadap kehadiran pelanggan ke kedainya.

“Kalau hujan, pelanggan kurang, tetapi apabila cuaca baik seperti semalam, memang ramai yang datang membeli-belah.

“Kebanyakan pelanggan datang pada sebelah petang dan malam kerana cuaca lebih redup berbanding waktu pagi dan tengah hari,” katanya lagi.

persiapan Deepavali di Ipoh 2. Keyphrase synonyms - sambutan Deepavali di Ipoh - persiapan menyambut Deepavali - suasana Deepavali di Little India Ipoh - beli-belah Deepavali di Ipoh - Little India meriah menjelang Deepavali 3. Related keyphrase (5) 1. Little India Ipoh menjelang Deepavali 2. persiapan saat akhir Deepavali 2026 3. peniaga Little India Ipoh 4. pengunjung membeli-belah Deepavali 5. sambutan Pesta Cahaya di Perak
Masyarakat India membeli belah sebagai persiapan akhir untuk menyambut perayaan Deepavali esok ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Little India, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 NOVEMBER 2026

Sementara itu, pengunjung, S Kalaivani, 41, berkata, kepulangannya dari Johor ke Ipoh bagi menyambut Deepavali bersama keluarga menyebabkan persiapan di rumah menjadi lebih sibuk, terutama sehari sebelum perayaan.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia turut mengambil kesempatan berkunjung ke Little India untuk mendapatkan beberapa barangan tambahan termasuk bunga.

Pengunjung, S Kalaivani, 41, ketika temubual bersama MalaysiaGazette (MG) Perak di Bazar Deepavali Little India, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 NOVEMBER 2026

“Persiapan memang sibuk kerana hari ini kami membuat persiapan menyediakan makanan untuk makan besar bersama keluarga sempena malam sebelum Deepavali.

“Untuk keluarga, perbelanjaan boleh mencecah antara RM3,000 hingga RM5,000 termasuk pakaian anak-anak dan keperluan lain,”ujarnya.

Seorang lagi pengunjung, Ravinjeet Kaur, 40, yang menetap di Sitiawan berkata, dia memperuntukkan lebih RM1,000 bersama suami bagi persiapan menyambut Pesta Cahaya itu pada tahun ini.

persiapan Deepavali di Ipoh 2. Keyphrase synonyms - sambutan Deepavali di Ipoh - persiapan menyambut Deepavali - suasana Deepavali di Little India Ipoh - beli-belah Deepavali di Ipoh - Little India meriah menjelang Deepavali 3. Related keyphrase (5) 1. Little India Ipoh menjelang Deepavali 2. persiapan saat akhir Deepavali 2026 3. peniaga Little India Ipoh 4. pengunjung membeli-belah Deepavali 5. sambutan Pesta Cahaya di Perak
Pengunjung, Ravinjeet Kaur, 40, ketika temubual bersama MalaysiaGazette (MG) Perak di Bazar Deepavali Little India, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 NOVEMBER 2026

Katanya, selain membeli keperluan perayaan, dia turut mengekalkan tradisi menyediakan sebahagian juadah sendiri di rumah bagi memperkenalkan amalan turun-temurun kepada tiga anaknya.

“Sekarang kebanyakan perkara mudah dibeli kerana semua orang sibuk bekerja, tetapi saya masih mahu menyediakan beberapa makanan sendiri supaya anak-anak dapat mengenali tradisi dahulu.

persiapan Deepavali di Ipoh 2. Keyphrase synonyms - sambutan Deepavali di Ipoh - persiapan menyambut Deepavali - suasana Deepavali di Little India Ipoh - beli-belah Deepavali di Ipoh - Little India meriah menjelang Deepavali 3. Related keyphrase (5) 1. Little India Ipoh menjelang Deepavali 2. persiapan saat akhir Deepavali 2026 3. peniaga Little India Ipoh 4. pengunjung membeli-belah Deepavali 5. sambutan Pesta Cahaya di Perak
Peniaga tidak menang tangan melayani pelanggan yang mengunjungi Little India, Ipoh bagi mendapatkan pelbagai barangan keperluan sebagai persiapan terakhir menjelang sambutan Deepavali esok. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 07 NOVEMBER 2026

“Untuk persiapan Deepavali saya lebih gemar membeli di kedai kerana kita boleh melihat sendiri kualiti barangan secara terus dan memastikan ia sesuai, berbanding pembelian dalam talian,” jelasnya.

Sementara itu, beberapa peniaga lain dijangka meneruskan operasi sehingga lewat malam bagi memenuhi permintaan pelanggan yang masih mendapatkan barangan keperluan pada saat akhir menjelang Deepavali. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Mahu pegang kaki ibu pada Deepavali, tekad tinggalkan kehidupan silam

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI