Nilai rampasan OBK menurun RM40.2 juta bagi tempoh Jan – Sept

IPOH – Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) menurun sebanyak 192 kes membabitkan nilai rampasan berjumlah RM40.2 juta bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding 206 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM85.9 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata kes itu antaranya melibatkan pemburuan hidupan liar dan kecurian hasil hutan.

Menurutnya, antara hidupan liar yang berjaya dirampas termasuklah burung helang, harimau, kucing baru dan kijang manakala hasil hutan melibatkan kayu gaharu.

“Tahun lepas, kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) ada buat tangkapan di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur)  melibatkan penyeludupan gading gajah bernilai hampir RM50 juta.

“Jadi, kita lihat memang sudah ada penurunan kes pada tahun ini.

“Sehubungan itu, kita berharap dengan penurunan kes ini akan ada kesedaran yang timbul dalam kalangan masyarakat kita berhubung pemburuan haram melibatkan hidupan liar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas selesai menghadiri Mesyuarat Op Bersepadu Khazanah Siri 14 yang diadakan di Hotel Travelodge, di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad.

Dalam perkembangan sama, Hazani berkata sebanyak 175 tangkapan turut dilakukan sepanjang tempoh Januari hingga September tahun ini dengan 136 membabitkan orang tempatan manakala selebihnya adalah warga asing.

Tambahnya, sepanjang OBK ditubuhkan sejak 2019 sehingga September tahun ini sebanyak 56 kertas siasatan dibuka dan 53 telah selesai manakala tiga kes lagi masih dalam siasatan. – MG Perak

BACA LAGI

WCB bukan sekadar cegah kes penyeludupan liar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI