PRK KKB: Perdana Menteri ucap terima kasih UMNO dan BN

BAGAN DATUK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengutuskan ucapan terima kasih kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) membantu kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ucapan berkenaan dibuat Anwar melalui pangilan telefon sebelum Perdana Menteri berlepas untuk lawatan ke luar negara hari ini.

Ahmad Zahid berkata, penghargaan tersebut disuarakan ekoran kejayaan BN memenangi semua lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) majoriti Melayu di PRK Kuala Kubu Baharu.

“Yang paling beliau (Anwar) suka kerana meningkatnya sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada calon Kerajaan Perpaduan.

“Semua PDM UMNO di sana meningkat (jumlah undi). Ada lapan, kesemuanya meningkat,” katanya ketika ditemui pemberita di sebuah restoran di sini pada Ahad.

Terdahulu Ahmad Zahid menyempurnakan Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan Bahagian Bagan Datuk Tahun 2024 di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk, Sungai Sumun di sini.

Semalam, Sock Tao memenangi PRK Kuala Kubu baharu selepas berjaya menewaskan tiga pencabarnya iaitu Khairul Azahri Saut (Perikatan Nasional), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).

Sock Tau menang dengan jumlah undi sebanyak 14,000 dan majoriti 3,869 undi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PRK KKB: 625 anggota polis dan pasangan undi awal hari ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI