Penunggang motosikal parah tersepit bawah kereta

IPOH – Seorang penunggang motosikal parah selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tanjung Rambutan, di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 10.06 malam.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan itu, tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Almera dan sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda.

“Terdapat dua orang yang menaiki motosikal tersebut dan salah seorang mangsa tersepit di bawah kereta berkenaan manakala seorang lagi mengalami cedera ringan.

“Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa tersebut menggunakan peralatan menyelamat hidraulik.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” jelasnya.

Katanya, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Zahuri Zainal Abidin tamat sepenuhnya pada jam 10.22 malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penunggang motosikal maut langgar besi terjatuh dari lori

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI