KRF 2024: IRF World Cup Series julung kali diadakan di Malaysia

GOPENG – Penganjuran program bertaraf antarabangsa IRF World Cup Series Kampar River Festival (KRF) 2024 yang diadakan di Sungai Kampar, dekat sini mampu meningkatkan ekonomi penduduk setempat dan industri pelancongan di negeri ini.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, penganjuran kejohanan rakit arus deras (white water rafting) yang julung kali diadakan di Malaysia ini berjaya menarik penyertaan 300 peserta dari empat buah negara iaitu Nepal, Mongolia, Indonesia dan Malaysia.

Menurutnya, program anjuran Majlis Daerah Kampar (MDK) dengan kerjasama Tourism Perak itu selaras bertepatan dengan Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 yang sedang berlangsung pada tahun ini.

“Kita lihat penganjuran program ini sangat meriah dan memberi impak kepada ekonomi penduduk kampung termasuk Kampar sesuai dengan TMP 2024.

“Program yang berlangsung selama tiga hari mulai 24 Mei lalu ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan Sungai Kampar di mata dunia,” katanya.

Hadir sama, Yang Dipertua MDK, Ahmad Suqairy Alias.

IRF World Cup Series bakal dijadikan acara tahunan
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah Penutup Program IRF World Cup Series Kampar River Festival (KRF) 2024 di Dataran Sungai Jahang, Gopeng.
Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR

Beliau berkata pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penutup program berkenaan di Dataran Sungai Jahang pada Ahad.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Azlan Helmi berkata, kerajaan negeri mungkin akan mempertimbangkan untuk memperluaskan acara seumpamanya di lokasi sama atau sungai-sungai lain yang terdapat di Perak.

“Kita tahu di Perak terdapat banyak sungai yang menjadi tarikan kepada penggemar sukan lasak white water rafting dan salah satu daripadanya adalah Sungai Jahang.

IRF World Cup Series julung kali diadakan di Malaysia
IRF World Cup Series KRF 2024 melabuhkan tirainya hari ini apabila pasukan Faji Jawa Barat dari Indonesia muncul juara keseluruhan bagi kategori terbuka white water rafting yang membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM5,000, pingat serta sijil penyertaan.
Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR

“InshaALLAH kita akan cuba mengadakan program seperti ini setiap tahun atau dwi tahunan bagi menarik pelancong sama ada dari dalam negara mahupun luar negara,” jelasnya.

IRF World Cup Series KRF 2024 melabuhkan tirainya hari ini apabila pasukan Faji Jawa Barat dari Indonesia muncul juara keseluruhan bagi kategori terbuka white water rafting yang membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM5,000, pingat serta sijil penyertaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

CSSB labur RM105 juta promosi 11 lokasi pelancongan di Perak

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI