Perak mahu TVET jadi pilihan utama lepasan sekolah

TANJUNG MALIM – Perak berhasrat untuk memastikan sektor Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) menjadi pilihan utama kepada semua lepasan sekolah di negeri ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, susulan itu pelbagai program dirancang bagi menyebarluaskan maklumat dan kesedaran tentang kepentingan bidang berkenaan.

Suasana sekitar reruai pameran Majlis Perasmian Penutup Karnival TVET Perak di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 MEI 2024.

Katanya, sebuah acara karnival TVET di Pusat Beli-belah Aeon Falim, di Ipoh akan dianjurkan pada Julai depan dengan sasaran lebih 3,000 pengunjung.

Menurut beliau, ia dianjurkan dengan kerjasama Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) , Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Institut Darul Ridzuan (IDR) serta pelbagai agensi dan pemain industri.

“Kita mengharapkan TVET menjadi pilihan pertama (dan bukan kedua) kepada anak-anak kita ini. Mungkin ada antara mereka yang tidak ke arah menjadi doktor, juruterbang dan sebagainya.

“Jadi saya berharap golongan muda di negeri ini dapat merebut ruang dan peluang yang ada untuk menceburi dalam bidang kemahiran teknikal ini,” katanya.

Perak mahu TVET jadi pilihan utama lepasan sekolah Exco Pendidikan, kemahiran Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah pelajar anak
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah hadir (tengah) merasmikan Majlis Penutup Karnival TVET Perak di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 MEI 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Karnival TVET di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, dekat sini, pada Khamis.

Terdahulu, turut diadakan program Hab TVET dan Jaringan Industri: Dialog, Simposium Dan Pameran 2024.

Hadir sama, Pengarah PSAS, Mohd. Zulkefli Ibrahim serta Pengarah PASAK Aldrin Ng.

Dalam pada itu, Khairudin memberitahu, sebuah seminar atau simposium berkenaan hala tuju TVET di Perak bakal dianjurkan dengan kerjasama PASAK dan IDR yang menyasarkan ibu bapa dan pihak swasta.

Perak mahu TVET jadi pilihan utama lepasan sekolah Exco Pendidikan, kemahiran Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah pelajar anak
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah (tengah) bergambar bersama wakil industri selepas menyaksikan pertukaran surat hasrat antara Politeknik Sultan Azlan Shah dan industri pada Majlis Perasmian Penutup Karnival TVET Perak di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 MEI 2024.

Ujar beliau, pada acara berkenaan golongan ibu bapa akan diberi pendedahan berkenaan kepentingan sektor TVET di samping mahu ia menjadi agenda pendidikan utama terhadap anak-anak.

Terdahulu dalam ucapan perasmian, beliau berkata, kebolehpasaran graduan TVET dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Institut Latihan Kemahiran Negeri dalam menembusi pasaran pekerjaan mencecah 94 peratus.

Perak mahu TVET jadi pilihan utama lepasan sekolah Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah pelajar anak
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian Penutup Karnival TVET Perak di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 MEI 2024.

“Kerajaan negeri menerusi PASAK sedang giat memperluaskan tumpuan TVET kepada latihan semula, peningkatan kemahiran dan kemahiran silang.

“Ia dirangka bagi menambah baik kecekapan modal insan dan penggunaan bakat yang optimum dalam meningkatkan kadar kebolehpasaran,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

148 Orang Asli sertai Program Pemerkasaan TVET Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI