148 Orang Asli sertai Program Pemerkasaan TVET Perak

TAPAH – Seramai 148 individu menyertai Program Pemerkasaan Orang Asli di bawah Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Orang Asli di Negeri Perak, sepanjang tahun lalu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A Sivanesan berkata, program berkenaan melibatkan 12 kursus jangka pendek seperti kursus penjagaan rambut dan elektronik, yang dijalankan kerajaan negeri melalui Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

TVET Perak Orang Asli Sivanesan Program Pemerkasaan Orang Asli Tapah Perak PASAK
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan berucap pada majlis penutup dan penyampaian sijil Program Pemerkasaan Orang Asli anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di Kampung Batu 10, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 MAC 2024.

Katanya, inisiatif itu memfokuskan kepada latihan kemahiran untuk komuniti Orang Asli dalam membina sesebuah perniagaan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.

Menurut beliau lagi, ia merupakan peningkatan berbanding pada fasa pertama tahun sebelumnya iaitu seramai 95 peserta Orang Asli dan melibatkan sembilan kursus.

“Kita meletakkan sasaran pada tahun ini bagi Kursus Pemerkasaan Orang Asli Perak ini adalah seramai 151 orang yang melibatkan tujuh kursus.

“Di samping itu, kita akan menambah baik modul-modul yang terdapat dalam kursus terbabit. Sekiranya ia ‘outdated’ untuk lapok, kita akan gantikannya dengan modul yang lebih baik,” katanya.

TVET Perak Orang Asli Sivanesan Program Pemerkasaan Orang Asli Tapah Perak PASAK
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan (dua,kiri) menyampaikan sijil kepada peserta Rina Atan pada majlis penutup dan penyampaian sijil Program Pemerkasaan Orang Asli anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di Kampung Batu 10, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 MAC 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Pemerkasaan di Dewan Serbaguna Kampung Batu 10, Jalan Pahang, dekat sini, pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah PASAK, Aldrin Ng; Pengarah Querta Consultancy, Mourhrna Anetha Reddy serta Penolong Batin Kampung Batu 10, Bah Alias Bah Mah.

Seramai 20 peserta wanita Orang Asli di kampung berkenaan menyertai kursus penghasilan produk penjagaan diri itu selama lapan hari.

Dalam pada itu, Sivanesan memberitahu, PASAK turut menyasarkan kategori-kategori lain sebagai usaha memperkasakan bidang TVET di Perak pada tahun ini.

TVET Perak Orang Asli Sivanesan Program Pemerkasaan Orang Asli Tapah Perak PASAK
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan menyantuni peserta Program Pemerkasaan Orang Asli anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di Kampung Batu 10, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 MAC 2024.

Jelas beliau, antaranya adalah TVET Modular Industri dengan sasaran 1,105 peserta, TVET Mahir Kerja (sasaran 719 peserta), TVET Orang Kurang Upaya (OKU) (sasaran 154 peserta), TVET Anak Yatim (sasaran 151 peserta), TVET Warga Emas (sasaran 300 peserta).

Pada masa sama, Aldrin menjelaskan, di bawah Program Pemerkasaan Orang Asli, pihaknya mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta pemimpin setempat terlebih dahulu, bagi mengenal pasti kursus yang sesuai untuk dijalankan di sesebuah lokaliti.

“Kita akan melihat sekiranya peserta di sesebuah kampung masyarakat itu berminat atau sesuai dijalankan sesuatu kursus itu sebelum ia dapat dilaksanakan.

“Namun, kita akan pastikan setiap kursus yang dijalankan mampu membantu masyarakat Orang Asli itu menaikkan taraf hidup keluarga mereka,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Majlis TVET Perak jayakan hasrat Hab Koridor TVET Negara

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI