Pekerja kilang maut, rakan wanita parah motosikal rempuh Myvi

MELAKA – Seorang pekerja kilang maut manakala rakan wanitanya parah selepas motosikal ditunggangi merempuh sebuah kereta dipandu warga emas di Jalan Tun Razak Simpang Taman Ayer Keroh Height, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, penunggang motosikal, Muhibbuddin Fitri Farid, 19, maut ditempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala rakannya, Nor Natasha Mohd Faizul, 17, parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati, motosikal jenis Yamaha 135LC berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menuju ke Ayer Keroh

“Sebaik tiba ditempat kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu lelaki warga emas berusia 77 tahun yang datang dari arah bertentangan membelok ke kanan simpang masuk ke Taman Ayer Keroh Heights.

“Pada masa sama, penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan kiri kereta berkenaan sebelum kedua-dua mangsa tercampak di jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, penunggang motosikal yang juga pekerja kilang kaca kemudian disahkan maut ditempat kejadian oleh petugas perubatan manakala rakannya dikejarkan ke Zon Merah Hospital Melaka akibat cedera parah di kepala dan badan.

“Pemandu Perodua Myvi bagaimanapun hanya mengalami luka dan polis meminta saksi bebas untuk tampil membuat laporan selain tiada sistem kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi nahas.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagı mengetahui punca kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI