Warga emas maut kemalangan tiga kenderaan di Gerik

GERIK – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kilometer (km) 74, Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu berhampiran Kampung Padang Jeri, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Waja yang dipandu mangsa bersama seorang penumpang lelaki berusia 59 tahun, kereta Proton Persona dinaiki lelaki ada perempuan berusia 29 tahun serta pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 40 tahun.

“Siasatan awal mendapati kereta Proton Waja dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan bahagian sisi kanan Toyota Hilux yang datang dari arah Gerik menuju Kuala Kangsar.

“Proton Waja kemudian berpusing masuk semula ke laluannya sebelum melanggar Proton Persona yang berada di belakangnya,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

kemalangan maut di Gerik Keyphrase synonyms: kemalangan maut Gerik, kemalangan tiga kenderaan Gerik, nahas maut Gerik, kemalangan jalan raya Gerik Related keyphrases: 1. warga emas maut kemalangan 2. kemalangan tiga kenderaan 3. kemalangan Jalan Gerik 4. lelaki 65 tahun maut 5. kemalangan Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu
Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Gerik, pada Isnin. Foto PDRM Perak

Abdul Samad berkata, akibat pelanggaran itu, Toyota Hilux terbabas dan terbalik separuh di atas penghadang jalan, manakala kereta Proton Waja dan Proton Persona berhenti di laluan arah Kuala Kangsar menuju Gerik.

Beliau berkata, penumpang Proton Waja mengalami kecederaan pada muka dan kaki kanan, manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda yang terlibat cedera pada bahagian leher.

“Pemandu dan penumpang Proton Persona tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk tindakan lanjut.

“Kesemua mangsa yang cedera turut dibawa ke Hospital Gerik bagi mendapatkan rawatan,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis sedang mengesan saksi bebas selain mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kamera papan pemuka bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak polis,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Proses bedah siasat empat mangsa kemalangan maut di Gerik selesai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI