MGPerak: Lebih 10,000 Sertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah

3

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2026 di Dataran Pavilion di sini, pada Ahad.

Turut berkenan berangkat Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dengan dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Larian yang bermula pada jam 6.45 pagi dan disertai 10,014 peserta itu diadakan sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin yang ke-70, yang disambut pada 7 November lalu. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini