KUALA KANGSAR – Penambahan laluan serta peningkatan kekerapan perkhidmatan Bas Perak Sejahtera, khususnya di kawasan luar bandar, menjadi antara harapan rakyat, terutama golongan warga emas agar diberikan perhatian oleh kerajaan negeri menerusi Belanjawan Perak 2027 yang bakal dibentangkan Selasa depan.
Kemudahan pengangkutan awam dengan tambang serendah RM1 sehala itu dilihat mampu meringankan beban kos perjalanan penduduk, terutama golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pelajar yang bergantung kepada pengangkutan awam untuk melakukan urusan harian. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030





