KUALA LUMPUR – Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 16, Jalan Lipis-Benta, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Ismail Man berkata, ketika kejadian mangsa yang berusia 17 tahun itu dalam perjalanan dari rumahnya dari Bandar Saujana Putra, Selangor.
Menurut beliau, mangsa sedang menuju ke Kolej Vokasional Sultan Haji ahmad shah Al-Mustain Billah, Kuala Lipis untuk menyertai perlawanan bola sepak
Apabila tiba di lokasi kejadian, semasa melalui selekoh, motosikal terbabit berdesel dengan treler di sebelah kiri dari arah yang sama.
“Akibat kemalangan itu, mangsa, Syafiq Izzaq Samsudin disahkan meninggal dunia,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis meminta mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut membantu siasatan polis. -MalaysiaGazette