Lebih 1,000 hadir ke Career Fest @ PUO 2024

IPOH – Lebih 600 peluang pekerjaan daripada 35 syarikat pelbagai industri ditawarkan pada program pameran kerjaya, Career Fest @ Politeknik Ungku Omar (PUO) 2024, di PUO, dekat sini, pada Rabu.

Dalam satu kenyataan, PUO memaklumkan peluang pekerjaan yang ditawarkan melibatkan antaranya sektor kejuruteraan, teknologi maklumat dan perdagangan.

Katanya, program berkenaan dihadiri lebih 1,000 pengunjung yang terdiri daripada kalangan pelajar, alumni serta belia dari sekitar Bandar Raya Ipoh.

Menurutnya lagi, Career Fest @ PUO 2024 memberi peluang kepada mereka untuk mengenali syarikat dan bakal majikan, di samping berpeluang menjalani sesi temuduga terbuka bagi mengisi kekosongan jawatan.

“Career Fest @ PUO 2024 memberi manfaat yang besar kepada para pelajar dan pencari kerja.

“Ia seterusnya diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan melalui peningkatan kebolehpasaran dan pembinaan modal insan yang berkualiti.

“Pihak industri turut berpeluang mengenal pasti calon yang berpotensi untuk ditawarkan pekerjaan melalui program ini dan seterusnya mengukuhkan jaringan kerjasama positif antara rakan industri dan PUO,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Tambahnya, program berkenaan turut dihadiri Pengarah Politeknik Ungku Omar, Dr. Shamsuri Abdullah.

Katanya lagi, program pameran kerjaya itu mendapat kerjasama Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) turut hadir berkongsi informasi tentang kerjaya, sementara pihak UniKL memberikan maklumat berkenaan peluang pelajar melanjutkan pelajaran setelah tamat pengajian,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

MPP PUO terima sumbangan RM10,000

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI