MPP PUO terima sumbangan RM10,000

IPOH –  Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Ungku Omar (MPP PUO) menerima sumbangan RM10,000 daripada Geran Yayasan Perkasa Siswa (YPS), pada Ahad.

Menerusi satu kenyataan PUO memaklumkan, sumbangan itu diumumkan semasa program kembara Semarak Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Singgah Sahur Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke PUO, dekat sini.

Katanya, Pengarah PUO, Dr Shamsuri Abdullah menzahirkan rasa berbesar hati atas kunjungan Zambry ke institusi pendidikan itu dalam usaha melonjakkan kecemerlangan PUO untuk mencapai status Politeknik APEX pertama di Malaysia.

Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Ungku Omar MPP PUO Ipoh Menteri KPT Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kementerian pengajian tinggi
Program Kembara Semarak Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Singgah Sahur Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke Politeknik Ungku Omar. foto IHSAN PUO
Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Ungku Omar PUO Ipoh Menteri MPP KPT Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kementerian pengajian tinggi
Program Kembara Semarak Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Singgah Sahur Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke Politeknik Ungku Omar. foto IHSAN PUO

“Pengarah PUO turut berharap agar sumbangan yang diterima MPP PUO dapat menjadi pemangkin kepada pelajar dalam mengembangkan bakat, pengetahuan, kemahiran serta memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan mahasiswa,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Menurutnya lagi, dalam majlis yang dihadiri 500 pelajar dan kakitangan itu, seramai 10 pelajar turut menerima sumbangan berjumlah RM200 setiap seorang melalui Tabung Kebajikan Pelajar PUO.

Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik MPP Ungku Omar PUO Ipoh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kementerian pengajian tinggi
Program Kembara Semarak Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Singgah Sahur Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke Politeknik Ungku Omar. foto IHSAN PUO

Katanya, ia juga dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohd Zahari Ismail; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid serta, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Haji Abu Hanipah.

Dalam pada itu, PUO menyifatkan kunjungan Zambry itu mencerminkan keseriusan
dan komitmen tinggi beliau dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Ungku Omar MPP PUO Ipoh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kementerian pengajian tinggi
Program Kembara Semarak Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Singgah Sahur Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke Politeknik Ungku Omar. foto IHSAN PUO
Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Ungku Omar PUO Ipoh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kementerian pengajian tinggi
Program Kembara Semarak Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Singgah Sahur Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke Politeknik Ungku Omar. foto IHSAN PUO

“Ini merupakan kunjungan kali pertama Zambry ke PUO sebagai Menteri Pendidikan Tinggi sejak memulakan tugas rasminya pada 14 Disember 2023.

“Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni para pelajar PUO serta berkesempatan menikmati juadah bersahur bersama-sama (yang hadir),” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lebih 30 tahun bersama politeknik, Shamsuri tekad harumkan PUO

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI