19 terselamat bas jatuh gaung di Lahad Datu

LAHAD DATU – Sebuah bas ekspres yang membawa 19 orang termasuk dua pemandu dan seorang konduktor terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Batu 9, Jalan Silam, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Ketua Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, hanya empat daripada mereka mengalami kecederaan dan kini stabil di Hospital Lahad Datu manakala yang lain hanya cedera ringan.

“Bas dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu ini terjatuh ke dalam gaung dengan kecerunan gaung itu lebih kurang 50 meter.

“Beberapa individu berjaya keluar sendiri daripada bas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut laporan media malam tadi, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.24 malam dan 20 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu serta tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela Silam bergegas ke lokasi kejadian. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI