MCCC, MBI anjur pameran perdagangan antarabangsa terbesar, tarik pelabur

IPOH – Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) Perak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menganjurkan pameran perdagangan terbesar bertaraf antarabangsa melibatkan negara China dan Thailand mulai 1 hingga 4 Ogos depan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, lebih 100 reruai akan menyertai pameran yang diadakan di Stadium Indera Mulia bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam adalah bersempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan China

Menurutnya, pameran tersebut akan merangkumi francais, ekonomi digital, produk makanan halal, kecerdasan buatan (AI) dan pelbagai barangan pengguna.

“Memandangkan negara China semakin berkembang pesat dalam bidang perdagangan, ekonomi dan teknologi pintar, kita harus mengambil peluang ini untuk memperluaskan aliran perdagangan dan transaksi dengan negara China, meningkatkan kualiti produk serta melatih bakat tempatan.

“Sudah tiba masanya untuk kita bersaing dengan negara-negara maju di dunia. Oleh itu, tujuan utama penganjuran pameran ini adalah untuk menarik usahawan dan kumpulan perniagaan dari negara China untuk mengambil bahagian, melabur dan mendirikan perniagaan di negara kita.

“Ini selaras dengan Rancangan Rumah Kedua (MM2H) yang bertujuan untuk menarik pelabur asing bagi merancakkan ekonomi tempatan,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media khas berhubung program berkenaan di sini, pada Isnin yang turut dihadiri Presiden MCCC Perak, Lai Weng Keong.

Dalam pada itu, Rumaizi berkata, menerusi era ekonomi digital ia secara tidak langsung mengubah landskap global.

“Melalui teknologi digital sebagai teras, aktiviti ekonomi kini telah menjadi digital, mempunyai rangkaian serta pintar menerusi internet, data besar, pengkomputeran awan dan AI.

“Model ekonomi baharu ini telah mengubah gaya hidup dan kaedah pengeluaran kita yang memberi impak yang mendalam terhadap perkembangan ekonomi dan sosial global.

“Pusat data sedang ditubuhkan di seluruh dunia, dan negara kita juga kini sedang giat memperkenalkan sektor teknologi ini dan bercita-cita untuk menjadi hab utama pusat data pada masa hadapan,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak terima royalti RM30.88 juta hasil eksport REC ke China

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI