RM1.46 juta perkasa pembangunan kampung, sekolah angkat MADANI di Kampar

KAMPAR – Sebanyak RM1.465 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan infrastruktur, kemudahan awam dan pendidikan menerusi Program Kampung dan Sekolah Angkat MADANI Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2026 di daerah ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, peruntukan berkenaan memberi manfaat kepada penduduk Kampung Kota Bharu serta warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar melalui pelaksanaan projek fizikal dan program pembangunan komuniti sejak April lalu.
Menurut beliau, pelaksanaan program tersebut beraya membuktikan kerjasama strategik antara pelbagai agensi kerajaan mampu menterjemahkan perancangan kepada hasil yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
“Pada bulan April lalu, kita hadir membawa pelan tindakan dengan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk kampung dan RM100,000 untuk sekolah angkat MADANI.
“Tetapi hari ini, pada penghujung bulan Oktober, kita tidak lagi bercakap tentang janji. Hari ini, kita kembali untuk melihat bukti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Rasmi Program Kampung dan Sekolah Angkat MADANI JPA 2026 di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Baharu, Gopeng di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata, bagi Kampung Angkat MADANI, sebanyak RM500,000 daripada Kementerian Kewangan dan RM35,000 daripada JPA digunakan untuk melaksanakan lapan projek fizikal.
“Antaranya termasuk kerja menaik taraf Masjid Jamek, dewan orang ramai, klinik kesihatan, balai polis dan astaka SK Kota Baharu, selain pembinaan mercu tanda kampung serta penyediaan papan pintar.
“Kerjasama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pula membolehkan pemasangan 40 unit lampu solar bernilai RM380,000,” katanya.
Tambah Wan Ahmad Dahlan, dalam masa sama, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri memperuntukkan RM450,000 bagi pembinaan sebuah dewan serba guna baharu yang mampu menempatkan dua gelanggang badminton di mana ia masih dalam pelaksanaan.
“Bagi Sekolah Angkat MADANI pula, sebanyak RM90,000 diperuntukkan untuk menaik taraf makmal komputer, bengkel Reka Bentuk dan Teknologi serta makmal sains di SMK Malim Nawar.
“Sebanyak RM10,000 lagi disalurkan bagi melaksanakan program pembangunan pendidikan membabitkan pelajar dan guru,” katanya.
Wan Ahmad Dahlan berkata, pembangunan sesebuah komuniti tidak seharusnya hanya diukur menerusi kemudahan fizikal, sebaliknya perlu turut membuka ruang kepada penduduk, khususnya generasi muda, untuk mengembangkan potensi mereka.
“Pegawai awam tidak boleh sekadar berteori kita mesti berempati. Kita mesti turun padang, mendengar luahan hati dan memahami sendiri denyut nadi rakyat.
“Ini Kerana pembangunan MADANI bukanlah sekadar tentang membina infrastruktur yang megah, tetapi tentang membina potensi dan jiwa warganya,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI