IPOH – Keganasan rumah tangga yang melibatkan penderaan fizikal, seksual, mental, emosi dan kewangan bukan sahaja memberi kesan kepada wanita, malah golongan lelaki turut berdepan risiko menjadi mangsa.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, walaupun jumlah mangsa lelaki tidak ramai berbanding wanita, golongan itu turut berdepan keganasan rumah tangga.
Menurutnya, sebanyak 405 kes keganasan rumah tangga direkodkan di Perak melibatkan mangsa lelaki dan wanita bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





