MGPerak: Jitu Bangkit Selepas Tiga Dekad, Hidupkan Kembali Legasi Rock Ipoh

6

LEBIH tiga dekad menyepi daripada radar industri muzik arus perdana bukan alasan untuk menguburkan impian, sebaliknya ia menjadi ruang buat kumpulan rock kelahiran Ipoh, Jitu, mengumpul kembali kekuatan untuk melangkah ke pentas dengan semangat baharu.

Selepas kembali aktif pada 2024, kumpulan yang pernah mewarnai persada rock tempatan menerusi album ‘Etika Masa’ itu kini berusaha menghidupkan semula karya mereka, khususnya buat peminat genre muzik rock era 90-an.

Bagi pemain dram dan satu-satunya anggota asal Jitu, Sofian Ghani, 60, keputusan menghidupkan semula kumpulan itu banyak didorong usaha pemain gitar, Jamaludin Ibrahim, 48, yang mahu melihat nama Jitu kembali aktif selepas mengadakan persembahan di sebuah acara di Ipoh pada tahun 2023. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini