Saarani santuni komuniti India di Lenggong, sampaikan sumbangan sempena Deepavali

LENGGONG – Seramai 100 masyarakat India khususnya dari golongan kurang berkemampuan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan menerima sumbangan sempena perayaan Deepavali yang bakal diraikan pada minggu hadapan.

Sumbangan berbentuk bakul makanan dan wang tunai itu disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sebagai usaha meringankan beban penerima selain menyantuni masyarakat India menjelang perayaan tersebut.

Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Menerusi perkongsian itu, beliau berkata kepelbagaian bangsa, agama dan budaya bukan penghalang untuk masyarakat terus hidup dalam suasana harmoni serta saling menghormati.

Saarani santuni komuniti India di Lenggong, sampaikan sumbangan sempena Deepavali
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga ADUN Kota Tampan menyampaikan sumbangan kepada masyarakat India yang kurang berkemampuan sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut minggu hadapan di Dewan Merdeka Lenggong, malam tadi. Foto Facebook Saarani Mohamad

“Tak lama lagi perayaan Deepavali menjelang tiba. Malam tadi saya berkesempatan meraikan masyarakat India di Lenggong dalam suasana yang penuh kemesraan.

“Seronok dapat beramah mesra dan berkongsi kegembiraan dengan mereka. Walaupun kita berbeza bangsa, agama dan budaya, namun tetap hidup harmoni dan saling menghormati.

“Semoga sambutan Deepavali kali ini dapat membawa sinar kebahagiaan dan kesejahteraan buat semua yang meraikannya,” katanya.

Terdahulu, Saarani bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, menghadiri Majlis Ramah Mesra Dua YB Bersama Masyarakat India Lenggong Sempena Sambutan Deepavali 2026 di Dewan Merdeka di sini.

Majlis yang berlangsung malam tadi menjadi ruang untuk pemimpin beramah mesra bersama lebih 200 masyarakat India setempat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

300 penerima eKasih, B40 di Muallim terima sumbangan kotak makanan sempena Deepavali

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI