MGPerak: Lonjakan Penumpang Antarabangsa LTSAS, Perak Perlu Rebut Peluang

33

IPOH – Peningkatan penumpang antarabangsa di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) sebanyak 16.6 peratus pada September 2026 membuka peluang kepada Perak untuk memperluas pasaran pelancongan, khususnya menerusi peningkatan kunjungan dari Singapura.

Berdasarkan laporan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) LTSAS merekodkan kira-kira 31,000 penumpang antarabangsa dalam tempoh berkenaan berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus meletakkan lapangan terbang itu antara tiga lapangan terbang di Malaysia yang mencatatkan peningkatan bagi kategori tersebut.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, pertambahan penerbangan dari Singapura, khususnya pada hujung minggu, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung ke negeri ini. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini