IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, di sini pada Khamis.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Hadir mengiringi keberangkatan baginda berdua ke majlis, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





