MGPerak: Polis Perak Tumpaskan Tiga Sindiket Scam, 36 Individu Ditahan

1

IPOH – Polis Perak menumpaskan tiga sindiket penipuan dalam talian yang menyasarkan mangsa warga tempatan, Jepun dan China menerusi serbuan berasingan di sini dan Kampar antara 22 hingga 26 Oktober lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, serbuan itu membawa kepada penahanan 36 individu, termasuk 30 warga China dan Jepun serta enam individu yang terdiri daripada lima lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand.

Katanya, tiga sindiket berkenaan menjalankan aktiviti pusat panggilan penipuan termasuk dengan menyamar sebagai pihak hospital Jepun, serta pelaburan dan pinjaman wang yang tidak wujud. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini