Pengetua sebuah sekolah di Bagan Datuk yang tular susulan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap pelajar membuat laporan polis pada berhubung video yang memaparkan dirinya berdepan keluarga pelajar terbabit.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, laporan itu dibuat lelaki berusia 56 tahun berkenaan sehari selepas polis menerima laporan daripada ibu kepada pelajar Tingkatan Tiga terbabit pada Sabtu lalu. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #gangguanseksual #pelajarsekolah #pengetua





