MITRA salur RM3.28 juta kepada 164 rumah ibadat kaum India

PUTRAJAYA – Kerajaan menerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) menyalurkan bantuan berjumlah RM3.28 juta kepada 164 rumah ibadat Hindu, Sikh dan Kristian dalam kalangan masyarakat India seluruh negara menerusi Program Dharma Madani dan Program Harmoni Madani.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, bantuan itu bertujuan memperkukuh peranan rumah ibadat sebagai pusat pembangunan komuniti selain menyokong pelaksanaan aktiviti keagamaan, kerohanian, kebudayaan dan kemasyarakatan.

Menerusi Program Harmoni Madani Siri 1, sebanyak RM1.38 juta diluluskan kepada 69 rumah ibadat terdiri daripada 57 gurdwara dan 12 gereja dengan setiap institusi menerima bantuan RM20,000.

“Kita telah berjaya melaksanakan satu program yang melibatkan 164 rumah ibadat, bukan sahaja Hindu kali ini tetapi juga Sikh dan Kristian dalam kalangan masyarakat India,” katanya ketika majlis berkenaan di sini hari ini.

Menurut Ramanan, kerajaan akan meneruskan program berkenaan bagi memperluas bantuan kepada lebih banyak gurdwara dan gereja yang layak di seluruh negara.

“Saya telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah MITRA (G. Prabagaran) supaya program ini diteruskan dengan melibatkan sebanyak mungkin rumah ibadat bagi membantu keperluan komuniti Sikh dan Kristian dalam kalangan masyarakat India,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Ramanan berkata, sebanyak RM1.9 juta turut diluluskan kepada 95 rumah ibadat Hindu menerusi Program Dharma Madani Fasa 2.

Katanya, kelulusan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan Program Dharma MADANI sebanyak RM15.42 juta, membabitkan 771 rumah ibadat Hindu di seluruh negara.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI