Pemandu lori dakwa alami ‘microsleep’ punca nahas babit dua wartawan

IPOH – Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan dengan kereta dinaiki dua wartawan di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Taman Kledang Permai, Menglembu pada Ahad lalu mendakwa mengalami ‘microsleep’ sehingga menyebabkan nahas itu berlaku.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, perkara itu berdasarkan keterangan yang diambil daripada pemandu lori berusia 35 tahun berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Daripada kenyataan yang kita ambil daripada pemandu ini, (dia mendakwa) kemungkinan besar dia mengalami ‘microsleep’.

“Walau bagaimanapun, ia memang satu kesalahan (apabila lori tersebut) sudah melanggar belakang (kereta). (Dan jika ia memang berpunca daripada kesilapan pemandu) kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu Mohd Alwi berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori itu didapati negatif, manakala semakan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah.

Beliau berkata, polis setakat ini belum memperoleh sebarang rakaman kamera papan daripada mana-mana pihak bagi membantu siasatan, manakala lokasi kejadian juga tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi Ahad lalu, dua wartawan mengalami kecederaan selepas kereta Perodua Bezza yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Wartawan terbabit adalah, Nur Afiradina Arshad, 34 dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), serta wartawan New Straits Times (NST), Zahratulhayat Mat Arif, 37,

Ketika kejadian, kedua-dua mereka yang sedang berhenti di persimpangan jalan kerana keadaan lampu isyarat merah sedang dalam perjalanan ke Bagan Datuk bagi membuat liputan program membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Nur Afiradina yang memandu kereta menerima rawatan di zon kuning Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh akibat cedera di tangan dan leher manakala Zahratulhayat menerima rawatan pesakit luar dengan kesan lebam di muka dan tangan. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Wartawan Bernama, NST cedera terbabit kemalangan di Ipoh

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI