MGPerak: ‘Balik Kampung Tanam Sayur’, Bekas Konsultan Pilih Bendi Bina Kehidupan Baharu

84

Berbekalkan minat untuk berkebun, seorang bekas konsultan mekanikal dan elektrikal nekad beralih ke bidang pertanian dengan mengusahakan tanaman bendi di atas tanah seluas 1.6 hektar di Lahat, di sini, sejak tiga tahun lalu.

Keputusan Rizal Noorhan, 53, membuahkan hasil apabila tanaman bendi yang diusahakannya diiktiraf dan berjaya meraih tempat pertama dalam Pertandingan Hasil Ladang Terbaik Negeri Perak Kategori Sayur-Sayuran sempena Perak Agrofest 2025.

Menurutnya, penglibatannya dalam pertanian bermula dengan mengusahakan kebun bersama keluarga sebelum mendapat bimbingan Jabatan Pertanian bagi menangani masalah tanaman yang dihadapinya. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #tanamanbendi #berkebun #petani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini