TANJUNG MALIM – Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Daerah Muallim terus mempergiat usaha membantu wanita menjana pendapatan melalui keusahawanan, khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan ibu tunggal, menerusi bimbingan, akses kepada geran serta peluang memperluas pasaran produk.
Inisiatif itu memberi ruang kepada wanita untuk membina perniagaan sendiri, memanfaatkan kemahiran sedia ada dan meningkatkan taraf hidup keluarga melalui aktiviti ekonomi yang berpotensi menjana pendapatan secara berterusan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





