Tular masuk rumah Zalina Azman, polis panggil pencipta kandungan

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil pencipta kandungan berhubung tindakannya memasuki kediaman bekas personaliti televisyen, Zalina Azman di Shah Alam, serta memuat naik kandungan tersebut di media sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu terlebih dahulu bagi menentukan tindakan lanjut yang boleh diambil.

“Kita akan panggil pencipta kandungan itu bagi mendaptkan penjelasan, namun pihak polis sedang meneliti perkara tersebut terlebih dahulu bagi mengenal pasti tindakan yang boleh diambil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam perkembangan sama, Sarudin berkata, siasatan berkaitan kehilangan Zalina masih diteruskan, namun setakat ini belum ada petunjuk kukuh yang membolehkan tindakan lanjut diambil.

“Polis sudah mengambil tindakan terhadap setiap maklumat dan petunjuk baharu yang diterima.

“Namun setakat ini masih belum ada petunjuk kukuh berhubung kehilangan wanita itu,” katanya.

Beliau berkata, polis turut membuat semakan rekod keluar masuk imigresen, namun belum memperoleh perkembangan baharu berhubung kehilangan wanita itu.

Mengulas dakwaan kediaman itu diceroboh, Sarudin berkata, keadaan menunjukkan terdapat individu yang memasuki rumah itu sebelum ini.

Berdasarkan semakan polis, katanya, empat unit pendingin hawa di rumah berkenaan dipecahkan, manakala batang paip sinki turut dilaporkan hilang.

Dalam pada itu, beliau berkata, rondaan berkala di kawasan kediaman berkenaan masih dilaksanakan oleh Balai Polis Seksyen 6.

Terdahulu, tular perkongsian seorang pencipta kandungan yang memasuki kediaman Zalina bagi meninjau rumah itu susulan misteri kehilangannya.

Sebelum ini, Zalina dilaporkan gagal dihubungi sejak 24 November 2021 dan sehingga kini, kehilangan wanita itu masih menjadi misteri dengan polis mengekalkan statusnya sebagai orang hilang (OH). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI