IPOH – Islam memiliki mekanisme sendiri bagi mengimbangi serta menyediakan keperluan kepada umatnya yang berada dalam kemiskinan dan kesusahan daripada pelbagai latar belakang seluruh dunia.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, sifat dermawan, murah hati serta melakukan amal jariah termaktub dalam asas iman seorang muslim.
Menurut baginda, ia selari dengan hadis masyhur yang bermaksud ‘tidaklah beriman kepadaku orang yang kenyang semalaman sedangkan tetangganya kelaparan di sampingnya, padahal ia mengetahuinya’. – MGPerak