Mayat rentung tanpa identiti ditemui dalam parit

TELUK INTAN – Seorang individu yang tidak dikenal pasti identitinya ditemui rentung dalam sebuah kereta di dalam parit di Jalan Teluk Intan dekat Kuala Bikam di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.35 malam.

“Sebaik sahaja anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan serta dibantu BBP Bidor tiba di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas ke dalam parit musnah terbakar 98 peratus.

“Kita mendapati seorang mangsa rentung akibat kebakaran tersebut.

“Ketua Operasi kemudiannya mengaplikasikan konsep RECEO seterusnya mengarahkan anggota membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula, sumber air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa yang rentung telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Abdul Hazhar Ismail dan

PBK II Isma Mohamad Ubaidullah Ahmad Rani itu tamat sepenuhnya jam 12.16 tengah malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Individu rentung ditemukan dalam kebakaran kereta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI