Bendera terbalik: Persatuan Kwong Sai Kuala Kangsar meminta maaf

KUALA LUMPUR – Persatuan Kwong Sai Kuala Kangsar meminta maaf atas kesilapan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

Presidennya, Huang Guo Hua (ejaan Pinyin) mengakui kejadian itu berlaku kerana kelalaian dan memberi jaminan ia tidak akan berulang.

Katanya, seorang pekerja am yang juga tukang bersih memasang bendera tersebut pada 7 Ogos dan pihak persatuan diberitahu kesilapan yang berlaku pada keesokan harinya.

Sinchew Daily memetiknya berkata, kerani persatuan segera membetulkan kesilapan yang berlaku.

Jelasnya, kerani persatuan memasang bendera setiap tahun sebelum ini, tetapi tugas itu diambil alih oleh pekerja am kerana kerani sudah lanjut usianya.

Katanya, pekerja am yang berumur 60 tahun dan dipercayai kurang berpendidikan telah dipanggil polis untuk memberi keterangan dan telah dibebaskan melalui ikat jamin. -Akhbar Cina

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI