IPOH – Kira-kira 5,000 penduduk negeri Perak khususnya dari Ipoh menyertai Malam Taqarrub bersama Anak Muda Sempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2024 di perkarangan Stadium Indera Mulia di sini, malam tadi.
Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah oleh pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin, Maahad Tahfiz Al Khalidiah dan Maahad Tahfiz Insitut Tadbiran Islam Perak (INTIM).
Setibanya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak Khairudin Abu Hanipah solat Isyak berjemaah berlangsung bersama pelajar-pelajar tahfiz, jemputan dan pengunjung.
Usai solat Isyak berjemaah, Kumpulan Kumpulan Majelis Rasulullah mengalunkan selawat dan diteruskan dengan Forum Perdana bertajuk “Cabaran Anak Muda Masa Kini: Apa Hala Tuju Mereka?”.
Forum tersebut dikendalikan Ustaz Zahrullail Sarkawi dari Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) sebagai moderator bersama panel jemputan Pendakwah Bebas, Mohd Zainudin Mohamed Zaini atau PU Yeop dan Megat Mohd Zaid Megat Azamuddin yang lebih dikenali sebagai Imam Muda Megat.
Acara diakhiri dengan selawat beramai-ramai oleh mereka yang hadir pada program berkenaan. – MG Perak
Artikel Berkaitan: