Polis minta bantu kesan tiga beranak hilang di Ipoh

IPOH – Seorang wanita dan dua anaknya dilaporkan hilang di rumah mereka di Tanjung Rambutan di sini sejak 13 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan memaklumkan wanita itu dikenali Ernawati Rajagukguk yang berusia 36 tahun, merupakan warga Indonesia, disedari hilang oleh bekas suaminya kira-kira 8.30 malam pada hari kejadian.

Beliau berkata dua kanak-kanak iaitu Farisha Jan Mohamed Faiz, 9, serta adik lelakinya Firaz Khan yang berusia 6 tahun turut dilaporkan hilang bersama-sama ibu mereka.

Abang Zainal Abidin berkata sekiranya mana-mana pihak mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes Sub Inspektor Ferdaus Jahya menerusi talian 019-7130163 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran.

— BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI