IPOH – Sebanyak 847 ekor anjing dan 657 ekor kucing telah dimandulkan menerusi program Perak Pawsitive Initiative, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,504 ekor haiwan melepasi sasaran tahunan sebanyak 1,000 ekor haiwan.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Datuk Sandrea Ng Shy Ching berkata, kejayaan ini hasil peluasan program serta kerjasama erat antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), doktor veterinar dan komuniti setempat.
Menurutnya, selain peningkatan jumlah haiwan yang dimandulkan, tahun 2026 juga menyaksikan peluasan pelaksanaan Perak Pawsitive Initiative ke lebih banyak daerah di negeri ini. – MGPerak
#MGPerak #SidangDUNPerak #PerakSejahtera2030





