13 individu termasuk pelancong Jepun cedera bas langgar belakang treler

KUALA KANGSAR – Seramai 13 individu termasuk pelancong warga Jepun cedera selepas  bas persiaran dinaiki melanggar bahagian belakang sebuah treler di KM 230.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 1.52 petang.

Menurutnya, seramai 14 anggota dan pegawai melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Kamunting dan Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran yang melanggar bahagian belakang treler sehingga menyebabkan bahagian hadapan bas itu remuk.

“Seramai 13 orang membabitkan dua warga tempatan iaitu pemandu bas dan pemandu pelancong serta 11 pelancong warga Jepun turut cedera dalam kemalangan itu.

“Bagaimanapun, ketika operasi dijalankan kita mendapati tiada mangsa yang ditemukan dalam keadaan tersepit,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Beliau berkata, ketua operasi kemudiannya melakukan size up dan mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) dan anggota melaksanakan kerja-kerja menyelamat dengan mengeluarkan mangsa yang cedera dari bas serta diberi rawatan awal.

“Tiga mangsa warga Jepun dan seorang lelaki tempatan kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kangsar menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Taiping manakala selebihnya dibawa menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),” jelasnya.

Operasi tamat sepenuhnya jam 3.53 petang. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI