Murid gagal kuasai 3M: Ibu bapa perlu kikis rasa malu

IPOH – Sikap segelintir ibu bapa yang enggqn menghantar  anak-anak bermasalah membaca, menulis dan mengira (3M) ke kelas atau program pemulihan khas perlu dikikis.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, ketika ini masih dalam ada kalangan ibu bapa yang berasa malu terhadap pandangan orang lain sekiranya anak mereka ditempatkan di kelas berkenaan.

Katanya, situasi ini hanya membebankan anak mereka apabila terpaksa berhadapan dengan silabus pengajian di kelas aliran perdana, sedangkan masih gagal menguasai kemahiran 3M.

Ujar beliau, ada juga ibu bapa yang tidak mahu memberi kerjasama selepas pihak pentadbir sekolah menyarankan anak mereka untuk menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut oleh pakar perubatan berhubung masalah berkenaan.

Murid gagal kuasai kemahiran 3M Ibu bapa perlu kikis rasa malu Khairudin pendidikan sekolah anak
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah (tengah) merasmikan Pelancaran Buku Sedekad Perjuangan i-Guru pada Majlis Sambutan 10 Tahun Ikatan Guru Muslim Malaysia di Bangunan Persekutuan Seruan Islam Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 NOVEMBER 2024.

“Seharusnya ibu bapa perlu merasakan ia bukan sesuatu yang perkara malu, sebaliknya melalui kelas pemulihan khas, anak mereka akan mendapat pendidikan mengikut kemampuan yang sedia ada.

“Kelas pemulihan khas di sekolah rendah boleh mencapai sehingga usia 14 tahun, dan 19 tahun di peringkat menengah. Jadi proses yang diberikan itu lama.

“Tujuan pihak sekolah menyarankan anak mereka menjalani pemeriksaan kesihatan atau mengikuti kelas peralihan khas itu bukan tujuan untuk mengaibkan. Sebaliknya ia untuk perkembangan pendidikan anak mereka mengikut kemampuan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan 10 Tahun Ikatan Guru Muslim Malaysia (i-Guru) di Bangunan Persekutuan Seruan Islam Perak, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Wan Ahmad Salahuddin Ahmad Rafail; Presiden I-Guru, Azizee Hasan serta Presiden Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES), Juhari Mohamad Nor.

Murid gagal kuasai kemahiran 3M Ibu bapa perlu kikis rasa malu Khairudin pendidikan sekolah anak
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah hadir ke Majlis Sambutan 10 Tahun Ikatan Guru Muslim Malaysia di Bangunan Persekutuan Seruan Islam Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 NOVEMBER 2024.

Media sebelum ini melaporkan seramai 122,000 murid Tahun Satu bagi sesi akademik tahun ini di seluruh negara dikesan masih belum menguasai kemahiran 3M.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, dalam usaha menyelesaikan isu berkenaan, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil langkah intervensi di peringkat negeri mahupun Persekutuan.

Mengulas lanjut Khairudin memberitahu, perkembangan itu membimbangkan kerana sekiranya golongan itu tidak dibantu, mereka berkemungkinan besar menghadapi masalah dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jelas beliau, di peringkat negeri, Kerajaan Perak telah mengambil beberapa langkah jangka masa pendek dan panjang dalam usaha mengurangkan jumlah pelajar yang masih gagal menguasai 3M.

Khairudin berkata, ia termasuk melalui inisiatif Jurnal Bacaan Propulih yang digerakkan Yayasan Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak sejak dilancarkan pada Jun lalu.

“Saya difahamkan buku itu juga menjadi rujukan yang cukup baik kepada guru yang mungkin menjadi modul untuk mereka mengajar anak-anak murid yang ada masalah dalam kemahiran 3M.

“Saya juga dimaklumkan, daripada 800 murid, kita berjaya pulihkan lebih 200 orang berdasarkan penggunaan Jurnal Bacaan Propulih itu,” katanya lagi.

Di samping itu jelas beliau, kerajaan negeri, JPN dan Yayasan Perak turut mengadakan kolaborasi bagi mewujudkan perancangan jangka panjang lain dalam usaha menyelesaikan masalah defisit pembelajaran kalangan murid.

Pada masa sama Khairudin memberitahu, pimpinan kerajaan negeri turut terbuka dan bersedia untuk menerima pandangan daripada mana-mana pihak termasuk persatuan guru dalam memberi idea untuk sama-sama membendung isu berkenaan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

122,000 murid Tahun Satu masih belum kuasai 3M – Fadhlina

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI