Penunggang motosikal maut bergesel dua MPV

PARIT – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam nahas yang belaku di Kilometer (KM) 2 Jalan Beruas – Parit – Ipoh berhampiran Taman Parit Jaya di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, dalam kejadian sekitar jam 8.10 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dipercayai dalam perjalanan dari arah Pekan Parit menuju ke Tanjung Belanja.

“Apabila tiba di satu selekoh, motorsikal tersebut dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan dan bergesel dengan MPV Hyundai Inokom Matrix dan MPV Perodua Alza yang melalui lokasi kejadian.

“Kemalangan itu mengakibatkan penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian.

“Pemandu kedua-dua MPV masing-masing berusia 27 dan 38 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan insiden ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Adlizan Admancur di talian 014-679 0829 untuk membantu siasatan,“ ujarnya. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI