Ramai komuniti India miskin tegar, peruntukan RM130 juta tidak cukup

KUALA LUMPUR – Peruntukan sebanyak RM130 juta kepada masyarakat India dalam Belanjawan 2025 berjumlah RM421 bilion didakwa tidak mencukupi.

Menurut penaung dan Presiden Persatuan Kebajikan Dinamik Sinar Kasih Malaysia (DSK), peruntukkan RM130 juta itu sebenarnya merangkumi RM100 juta kepada MITRA dan RM30 juta berbentuk pinjaman daripada TEKUN.

“Peruntukan itu tidak akan cukup untuk memperkasakan komuniti India. Komitmen yang disebut oleh kerajaan melalui peruntukan keseluruhan sebanyak RM421 bilion untuk mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh antara 4.5 hingga 5.5 peratus amat dihargai. Namun peruntukan RM130 juta untuk kaum India sebenarnya tidak cukup.

“Jumlah ini tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan keseluruhan masyarakat India di Malaysia. Kita mohon supaya peruntukan ditambah khususnya untuk sektor pendidikan, rumah ibadat, kebajikan, keusahawanan, dan pembangunan kaum Hindu.

“Saya harap agar peruntukan kewangan ini dapat diperluas bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di kawasan luar bandar dan pinggir bandar, termasuk mereka yang tinggal di setinggan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Tambah beliau, masyarakat India yang tinggal di kawasan setinggan dan luar bandar masih terus bergelut dengan kemiskinan.

Malah ramai dalam kalangan kaum ini masih lagi dalam kategori miskin tegar sejak sekian lama.

Sivakumar yang juga Bendahari Agung MIC juga memohon supaya lebih banyak peluang disediakan bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, peluang perlu diperluas untuk memastikan masyarakat India turut menikmati kemudahan di bawah skim dan program yang disediakan.

“Langkah seperti ini amat dinanti-nantikan apatah lagi bawah Perdana Menteri Madani yang dapat mengubah taraf hidup masyarakat India luar bandar secara positif dan drastik, sekaligus menyumbang ke arah kehidupan yang mampan dan damai,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI